Sunday, March 20, 2011

INFRASTRUKTUR



                       Dua blok asrama untuk penginapan warga tua dan guru





                                           Surau Al - Huda


Saturday, February 19, 2011

BANTUAN DIPERLUKAN

Masih memerlukan bantuan untuk pembangunan seterusnya ...!!!!

Muslimin dan muslimat....,

1.         Blok asrama pelajar masih belum lengkap sepenuhnya.  
Oleh itu  bantuan kewangan sangat di perlukan untuk
membiayai kos keperluan asas seperti bilik kelas
pembelajaran,  tandas dan kemudahan elektrik / air.  

2.         Pihak Yayasan Mahfatim juga merancang untuk
membina sebuah dewan makan yang dapat memuatkan
40 orang pelajar.

3.        Dewan makan ini sangat perlu untuk memberi
keselesaan kepada mereka sewaktu  makan. Selain 
daripada itu, ia menjadi tempat mengumpulkan pelajar 
serentak  pada sesuatu masa.

Oleh itu, kepada muslimin dan muslimat, pihak Yayasan
ingin merayu sumbangan anda sangat diperlukan demi
menyempurnakan infrastruktur diatas agar keselesaan
anak-anak pelajar dalam menimba ilmu dapat di penuhi.

Sabda Rasulullah S.A.W, yang bermaksud:

“Apabila mati anak Adam itu, terputus amalannya
dari dunia kecuali tiga perkara iaitu : Ilmu yang
Bermanfaat, kedua – Sedekah jariah dan
Doa anak yang sholeh”

Sebarang derma atau sumbangan kewangan
boleh didepositkan terus kepada akaun
Yayasan Kebajikan Mahfatim Terengganu.
Bank Islam, No. Akaun : 13017010074935

SISTEM PENGAJIAN

Pengajian di Pondok AlHuda diamalkan  secara
tradisional berdasarkan kaedah halakah dan kuliah.
Berdasarkan kaedah  ini pelajar akan membuka
kitab menghadap kepada guru yang membaca dan
membuat huraian bagi setiap kandungan kitab
tersebut didalam majlis kuliah yang diadakan.
Pengajaran dan huraian secara teliti dan mendalam
oleh  guru bertujuan untuk memberi kefahaman 
yang  jelas dan luas kepada pelajar. 


Matapelajaran yang diajar dipondok Al Huda ialah:
          
Bil
Mata Pelajaran
Nama Kitab
1
Talaqi Al-Quran
Al-Quran
2
Tafsir
Tafsir Ar-Rahman
3
Hadith 40
Hadith 40 Imam Nawawi
4
Akhlak
Bimbingan Mukmin
5
Feqah
Al-Mu’inul Mubin
6
Aqidah
Aqidah Muslim

MISI DAN OBJEKTIF


MISI PENUBUHAN PONDOK 

Berperanan sebagai pusat pengajian dan
bimbingan agama yang dapat  mendidik  dan
membina masyarakat muslimin yang bertaqwa
melalui pemantapan ilmu dan amal  yang
menepati kehendak syariat.


MATLAMAT  PENUBUHAN

o   Menjadi tempat pengajian bagi warga tua dan anak-anak
     pelajar mempelajari ilmu agama dengan mendalam.

o   Memberi bimbingan dan pendidikan agama dalam
      amalan  kehidupan bersyariat.

o   Membantu mendidik syakhsiah anak-anak pelajar
      mengikut ajaran Islam.

Friday, February 18, 2011

PENGENALAN


PENGENALAN PONDOK AL HUDA 
Pondok  Al-Huda merupakah sebuah tempat pengajian agama yang menjadi wadah dakwah dan pendidikan kearah penghayatan   Islam di kalangan masyarakat.
Pondok Al-Huda mula diasaskan oleh Hjh. Fatimah Bt. Hj. Abdul Rahman pada tahun 2004,  merupakan bekas seorang  guru Pelawat Agama yang  bersara setelah berkhidmat dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu selama 28 tahun.  Beliau telah mewakafkan tanah seluas 3.5 ekar persegi bagi tujuan pembinaan pondok bertempat di Kg. Lubuk Perah, Wakaf Tapai, Marang, Terengganu.  Jarak pondok ini daripada Kuala Terengganu ialah kira-kira 25 km.